Diari Sihat
Pemeriksaan MAMOGRAM Percuma Yang WAJIB Cuba

Pemeriksaan MAMOGRAM Percuma Yang WAJIB Cuba

Saya mula cari program pemeriksaan mamogram percuma bila umur dah masuk 40 tahun. Peningkatan usia ni macam-macam yang kena tengok.

Ibarat kereta dah lebih lima tahun ada saja part kereta yang mula meragam. Macam tu jugak dengan tubuh kita.

Sebagaimana yang kita tahu kanser payudara adalah kanser tertinggi yang dihadapi oleh kaum wanita. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga kita perlu membuat pemeriksaan payudara yang disebut mamogram.

Bulan 4 hari tu, buat pemeriksaan mamogram kali kedua di KPJ Shah Alam. Dah 2 kali buat periksaan mamogram percuma menggunakan subsidi LPPKN.

Bila dah dua kali buat ujian ini, rasa takut tu dah tak ada lagi. Takut nak dapat result tu memang tak boleh bawak bincang. Dup dap dup dap jantung tu lebih deras daripada lari pecut 100m.

Ruang tempat menunggu dipanggil buat pemeriksaan dan menunggu keputusan mamogram.

Takut tak nak buat mamogram? Masa pertama kali memang takut dan kalau nak buat sorang-sorang memang sampai sekarang tak buat. I feel you.

Keputusan Mamogram

Tapi saya beruntung ada kawan yang sayang dan ajak kita buat sekali. Nak kata depa paksa tak jugak tapi cara depa tu memang memaksa, how to describe that situation? Sayang korang…..

Tapi percayalah, tak sakit mana pun buat ujian tu. Alhamdulillah keputusan ujian mamogram tak ada yang membimbangkan, results masih sama dengan ujian yang pertama tahun 2019.

Dalam masa yang sama buat juga ujian pap smear dan full medical check-up. Syukur, results BMI Ideal, gula dalam darah ok dan tekanan darah pun normal.

Cuma kolesterol lebih sikit daripada bacaan normal. Nurse kata ok untuk umur tapi, memang berazam nak turunkan kolesterol.

Cara nak buat kerisik yang menggunakan kelapa tanpa kolesterol

Susahkan sebenarnya jadi wanita, kan. Kerja multitasking, isteri dan ibu dalam satu masa.

Kerja macam tangan sotong dan otak fikir macam-macam, kalau boleh nak jadi superwoman semua nak under control.

Sayangi keluarga dengan buat pemeriksaan mamogram percuma.

Walaupun kita nak nampak hebat di mata anak dan suami tapi paling penting adalah jaga kesihatan diri dulu. Sayang diri sendiri dulu baru kita boleh sayang orang lain.

Especially kalau dah berusia 40 tahun ke atas sangat-sangat digalakkan buat pemeriksaan kesihatan ni.

Institusi Pemeriksaan Mamogram Percuma

Sebenarnya ada institusi yang menawarkan pemeriksaan mamogram percuma yang wajib cuba. Buat tau!

  1. Ada duit sendiri, terus buat appointment dengan hospital nak buat medical check-up.
  2. Kalau ada insuran boleh tanya agen cover tak kalau nak buat medical check-up.
  3. Jika masih bekerja dan dah berusia 40 tahun ke atas ada satu voucher yang boleh claim dari SOCSO untuk buat medical check-up secara percuma.
  4. Jangan risau kalau tak mencarum di SOCSO boleh pergi ke LPPKN untuk buat pemeriksaan secara percuma. Bukan buat di LPPKN tapi untuk dapatkan surat ala-ala Guaranty Letter daripada LPPKN dan pemeriksaan dibuat di hospital yang disarankan oleh LPPKN. Kita boleh pilih hospital yang kita selesa dan dekat dengan kita.

1 thought on “Pemeriksaan MAMOGRAM Percuma Yang WAJIB Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *