Diari Santai
Cara Pilih Seluar Jeans Yang Sesuai & Tahan Lama

Cara Pilih Seluar Jeans Yang Sesuai & Tahan Lama

Seluar jeans telah menjadi pilihan sejak dahulu lagi. Namun, jika tidak tahu cara pilih seluar jeans akan mencacatkan penampilan.

Seluar jeans sering digambarkan sebagai ringkas, tahan lasak dan santai.

Sentiasa menjadi pilihan tidak kira wanita mahu pun lelaki dengan potongan yang sesuai.

Paling tidak setiap orang pasti mempunyai sehelai jeans berwarna biru.

Jom ikut tip agar seluar jeans boleh sentiasa dipakai tanpa mengkut trend.

Dua helai seluar jeans yang digantung kemas dan cantik.
Photo by Mica Asato from Pexels

Cara Pilih Seluar Jeans

Mengikut paha
Semua orang mahu kelihatan ramping. Cara yang and perlu tahu untuk kelihatan ramping dengan seluar jeans adalah dengan mengukur diameter terbesar bahagian paha.

Cari jeans yang lurus daripada paha. Jika memiliki paha yang lurus, jeans boot cut adalah yang paling sesuai.

Namun kalau mempunyai paha yang besar sesuai memakai jeans berhujung lebar.

Bagi yang mempunyai paha yang kecil pula sesuai memakai skinny jeans.

Labuh seluar
Labuh atau panjang seluar yang paling ideal adalah apabila sesuai dipakai dengan kasut flat atau kasut tinggi.

Panjang paling maksima adalah 1 sentimeter di atas lantai dengan kasut yang sedang dipakai.

Sebaliknya, lebih pendek daripada itu akan jeans kelihatan tergantung.

Bentuk seluar
Bentuk (shape) seluar jeans menonjolkan tubuh sebenar.

Jika mempunyai punggung seperti Jennifer Lopez boleh memilih jeans potongan boot cut dengan kaki seluar melebar untuk mencipta kesan kaki yang lebih panjang.

Beruntung memiliki bentuk tubuh hour glass, boleh pilih jeans daripada material stretch yang ketat di pinggang.

Pasti akan kelihatan ramping dengan lekukan di bahagian pinggang.

Beberapa helai jeans lama yang dimasukkan ke dalam kotak.
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Cara Jaga Jeans

  • Jangan basuh jeans selalu.
  • Seelok-eloknya jangan membasuh seluar jeans secara kerap. Basuh seluar jika kotor sahaja.
  • Tidak perlu membasuh jeans setiap kali selepas memakainya. Cucian yang kerap akan memudarkan jeans dan akan kehilangan bentuknya.
  • Jika mencuci seluar pastikan bahagian luar di bawa ke dalam.
  • Guna cecair pencuci yang sesuai untuk jeans yang tahan lasak itu.

Kalau suka rumah harum boleh cuba lilin aromaterapi

Eksperimen dengan warna

Denim bukan tertakluk kepada biru semata-mata. Denim juga boleh datang daripada warna hitam, putih, kuning, merah dan sebagainya.

Cuba bereksperimen seluar jeans dengan t-shirt, kemeja, blaus, jaket dan sebagainya.

Baju denim dipadankan dengan seluar jeans juga cantik, ringkas dan santai.

Makan pedas boleh kurus, biar betul.

1 thought on “Cara Pilih Seluar Jeans Yang Sesuai & Tahan Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *