Diari Santai
Cara Buat Tabung MAE, Main Kutu Era Digital

Cara Buat Tabung MAE, Main Kutu Era Digital

Bila diperkenalkan cara buat tabung MAE ni, terus Myzan teruja nak cuba. Sepantas kilat muat turun aplikasi MAE di handphone.

MAE (Maybank, Anytime & Everywhere) adalah aplikasi terbaharu daripada Maybank dengan kemudahan super convenient.

Salah satu kelebihan yang ada pada aplikasi ini ialah buat tabung. Tabung ni ala-ala macam main kutu dulu-dulu.

Siapa yang pernah main kutu? Kawan-kawan kat office selalu ajak main kutu.

Kumpul beberapa orang, bincang berapa nak bayar selepas dapat gaji dan cabut undi siapa dapat dulu.

Main kutu adalah langkah mudah simpan duit dan mesti ada mak kutu yang main peranan kumpul dan serahkan duit kepada penerima tiap-tiap bulan.

BACA: Didik Anak Nilai Murni dan Sedekah

Biasanya ramai yang suka main kutu tapi tak ramai yang sukarela nak jadi mak kutu kan.

Sekarang dah tak payah risau kerana MAE boleh jadi mak kutu secara sukarela.

Langkah pertama cara buat tabung MAE dengan memuat turun aplikasi MAE
Aplikasi MAE

Langkah Pertama

  1. Mula sekali kena muat turun aplikasi MAE di Play Store atau Apps Store.
  2. Kemudian buat tabung atau create tabung.
Bagi mencipta tabung baharu, klik butang create tabung
Klik butang create tabung untuk mula menyimpan

Aplikasi MAE akan menjadi mak kutu era digital. Sebenarnya main kutu ini juga salah satu menabung.

Cara Buat Tabung MAE

Cara Buat Tabung MAE – Diri Sendiri

Setiap tahun kita pasti ada commitment seperti nak bayar cukai jalan, insuran kereta dan cukai pintu.

Nak keluar duit segepuk memang terasa kan. Jadi, kita boleh kumpul duit guna tabung MAE ini.

Kita juga biasa ada simpan keinginan untuk beli sesuatu. Kalau orang yang tiap tahun dapat bonus untunglah, boleh guna duit bonus.

Kalau jarang-jarang dapat bonus boleh simpan duit dalam tabung. Cukup masa, cukup duit keluarkan dan beli lah apa yang diidamkan itu.

Kita boleh rancang jumlah yang nak simpan dan bulan berapa nak dikeluarkan.

laporan tentang kewangan yang disimpan dalam tabung.
Laporan tentang perjalanan tabung setiap bulan.
Cara tabung MAE ini selamat kerana boleh tengok laporan jumpah duit yang telah masuk dalam tabung.
Boleh tengok laporan tabung bila-bila masa.

Cara Buat Tabung MAE – Kumpulan

Selain buat tabung sendiri, tabung MAE ini juga boleh dibuat secara kumpulan. Ini yang macam main kutu tu.

Salah seorang akan create tabung dan jemput kawan-kawan lain untuk turut-serta.

Myzan dan Geng Lunch selalu berangan nak bercuti bersama. Ala-ala travel with friends, gitu.

Jadi kami create tabung Geng Lunch selama setahun. Malangnya, tahun ni tak dapat menlancong sebab pandemik COVID-19.

Tapi masing-masing tak nak keluarkan duit dan biarkan duit dalam tabung tersebut.

Duit yang kita simpan dalam tabung boleh dikeluarkan bila-bila masa jika kita tak mahu untuk meneruskan simpanan.

Cuma satu soalan yang sampai sekarang tak dapat jawapan, di manakah duit tabung itu pergi sepanjang berada dalam tabung?

Simpan duit di ASB atau Unit Trust

4 thoughts on “Cara Buat Tabung MAE, Main Kutu Era Digital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *