Diari Wartawan
Pengalaman Masuk Penjara, Terkurung & Penuh Keinsafan

Pengalaman Masuk Penjara, Terkurung & Penuh Keinsafan

Masuk Penjara. Ya, saya memang pernah masuk penjara tapi bukan atas kesalahan jenayah. Pengalaman masuk penjara kerana menjalankan tanggungjawab sebagai wartawan.

Tugas saya menemu bual penghuni penjara untuk dijadikan teladan kepada masyarakat.

Kalau ada yang masih ingat tentang kes pelajar kolej membunuh seorang pensyarah tempat dia menuntut ilmu. Lama dah kes tu.

Pengalaman Masuk Penjara Temubual Kes Jenayah

‘Masuk penjara’ kerana menemu bual pelajar kolej tersebut yang ditempatkan di Penjara Kajang sementara menunggu keputusan hakim dan proses rayuan.

Kalau boleh, saya tak mahu ulas tentang kes ini sebab pelaku dah pun menerima hukuman.

Pengalaman masuk penjara melihat sendiri sel bantuan sungguh menginsafkan.
Photo by RODNAE Productions from Pexels

Cuma satu pesan yang boleh saya titipkan kepada ibu-ibu termasuk diri saya sendiri terutama yang mempunyai anak remaja agar nasihat anak-anak kita biar pandai pilih kawan.

Pengalaman masuk penjara ni memang sangat menginsafkan. Timbul suatu perasaan yang asing bila melihat bangunannya saja, belum masuk lagi.

DIARI WARTAWAN: Datuk Seri Siti Nurhaliza

Macam Dalam TV

Masuk penjara ditemani pegawai penjara dengan memegang anak kunci yang banyak sama macam kita tengok dalam TV.

Saat satu kaki melangkah masuk, timbul suatu perasaan sukar digambarkan. Sunyi, takut, terkurung dan macam-macam rasa berbaur.

Entah kenapa tiba-tiba terus teringat penghuni-penghuni penjara high profile yang dapat liputan meluas di media.

Di dalam penjara, penghuni diberi pendidikan yang pelbagai, ada seperti;

  1. Masuk kelas harian macam sekolah
  2. Belajar menjahit
  3. Kelas masak
  4. Kelas komputer
  5. Lain-lain kemahiran.

Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil inisiatif memasarkan hasil produk yang telah mereka hasilkan.

Sebelum balik daripada tugasan, sempat saya beli kek coklat hasil jualan penghuni penjara, sedap!

Inilah salah satu keistimewaan menjadi wartawan bila dapat ‘akses’ khusus untuk masuk tempat-tempat tertentu yang orang awam tak boleh masuk.

Jeriji yang kita lihat di TV sama macam jeriji yang kita lihat di penjara.
Photo by RODNAE Productions from Pexels

Mass Comm Tak Relevan?

Tapi sekarang katanya ambil course Mass Comm dah tak relevan di universiti. Sebab sekarang ‘mudah’ nak jadi wartawan.
Bila-bila masa boleh melaporkan di platform media sosial masing-masing.

Adakah wartawan bakal pupus juga sebagaimana pupusnya kamera menggunakan filem?

BACA: Khasiat Sayur Pak Choy Untuk Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *