Diari Dapur
Cara Simpan Telur Dengan Betul Agar Tahan Lama

Cara Simpan Telur Dengan Betul Agar Tahan Lama

Sebagai ibu dan bapa sangat penting untuk ambil tahu cara simpan telur dengan betul. Ini kerana penggunaan telur banyak digunakan dalam masakan dan makanan.

Paling tidak jika tiba-tiba rasa lapar goreng telur mata kerbau, makan dengan nasi panas, tuang kicap dan cili padi, terus onz kan.

Selain itu, juga telur sering digunakan untuk membuat kek, biskut dan kuih-muih.

Photo by Klaus Nielsen from Pexels

Tahun lalu, tular isu juadah Puding Buih yang dikatakan menjadi penyebab kepada keracunan makanan.

Penggunaan telur dalam Puding Buih tersebut dikatakan punca lebih 100 orang mangsa keracunan makanan.

Telur yang tidak dimasak sempurna mempunyai risiko kerana boleh mengandungi bakteria Salmonella. Bakteria ini yang menjadi punca keracunan makanan.

Jadi usah abaikan cara simpan telur dengan betul dan praktikkan mula hari ini mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Cara simpan telur yang betul adalah dalam bekas yang bertutup.
Lepas beli telur terus simpan dalam peti sejuk.

Cara Simpan Telur

  1. Pilih telur yang tak retak
  2. Simpan telur dalam bekas yang bersih dan bertutup sebaik saja dibeli dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  3. Jangan basuh telur semasa disimpan, basuh apabila nak dimasak sahaja.
  4. Guna telur yang disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 5 minggu sahaja.

Rumah bersih dengan Xiaomi Mijia Vacuum Cleaner

Mengapa ianya penting;

Telur mudah mengalami kerosakan atau busuk, maka ia perlu disimpan dan dimasak dengan sempurna.

Telur mempunyai lapisan luar kulit semula jadi yang melindungi liang-liang kulit daripada dimasuki bakteria.

Sekiranya dibasuh dan disimpan lama, lapisan tersebut akan hilang dan ini menyebabkan bakteria menjangkiti telur tersebut dan boleh menyebabkan pencemaran bagi telur tersebut.

Ratusan telur yang diletakkan di rak telur di pasar raya.
Rak telur di pasar raya.

Cara Letak Telur Dalam Bekas

Kita selalu keliru macam mana nak letak telur dalam bekas. Ada yang cakap runcing di atas dan ada juga yang cakap lebar di atas.

Cara yang sebenarnya ialah bahagian hujung yang runcing di bawah dan bahagian yang lebar di atas.

Ini kerana di bahagian lebar telur itu mengandungi poket udara. Peranan poket udara itu adalah membenarkan anak ayam bernafas dalam telur sebelum berjaya memecahkan kulit telur tersebut.

Lapisan udara itu juga berfungsi melindungi kuman daripada masuk ke dalam telur.

Jadi setiap kali menyimpan telur pastikan bahagian lebar di atas untuk melindungi kualiti telur dengan baik.

Betul ke makan durian lepas suntik vaksin bahaya.

1 thought on “Cara Simpan Telur Dengan Betul Agar Tahan Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *