Diari Dapur
Asam Pedas Melaka Simple & Sedap Nau

Asam Pedas Melaka Simple & Sedap Nau

Cara masak Asam Pedas Melaka Simple sebenarnya. Tapi nikmat makan asam pedas ditambah pula makan dengan sambal belacan memang tak boleh bawa bincang.

Sejujurnya memang tak pernah makan masakan istimewa Bandaraya Bersejarah ini sampailah bertemu jodoh dengan orang Melaka.

Kalau di Melaka boleh jumpa 3 jenis Asam Pedas iaitu ikan, daging tetel dan ayam.

Langkah untuk masak ketiga-tiga jenis masakan ini secara asasnya sama tapi ada beberapa bahan berlainan digunakan untuk ketiga-tiga jenis masakan tersebut.

Menyediakan asam pedas ikan paling simple kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Masak asam pedas daging tetel pula kena letak beberapa jenis rempah ratus.

Belajar masak asam pedas Melaka simple ni dari mak mentua dan olah ikut cara sendiri. Lain orang lain caranya kan. Resipi kali ini guna ikan tenggiri.

Bahan-bahan untuk masak Asam Pedas Melaka Simple dan sedap.
Bahan-bahan untuk masak Asam Pedas Melaka.

Resipi Ikan Tenggiri Masak Taucu

Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri

Bahan-bahan;

5 biji bawang merah, kisar
1 biji bawang besar, kisar
2 ulas bawanng putih, kisar
2 inci kunyit hidup, kisar
2 senduk cili kisar, ikut kepedasan masing-masing
Belacan sebesar ibu jari
2 keping asam keping/asam jawa
1 kuntum bunga kantan
1 biji tomato
4 helai daun limau purut
Garam

Cara membuat;

1. Tuang sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis belacan.
2. Curah bahan kisar, tumis hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
4. Bila cili dah naik minyak, masukkan garam.
5. Taruh asam keping.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang diingini, jangan terlalu cair.
7. Bunga kantan dibelah dua kemudian masukkan ke dalam periuk.
8. Bawang yang telah dipotong 4 tadi masukkan ke dalam periuk dan biarkan menggelegak.
9. Bila dah menggelegak masukkan ikan dan biarkan seketika.
Sayur bendi sebagai penyedap rasa asam pedas melaka simple.
10. Kemudian masukkan sayur bendi.
Masukkan daun limau ke dalam asam pedas melaka simple.
11. Masukkan daun limau.
Langkah akhir masukkan tomato ke dalam asam pedas melaka simple.
12. Akhir sekali masukkan buah tomato dan rasa kuah. Kalau kurang masin boleh tambah garam.

Tip

  • Petua daripada mak mentua kalau masak asam pedas letak bawang yang dipotong 4. Letak bawang yang tak ditumis ini untuk menaikkan rasa manis asam pedas yang dimasak.
  • Buang urat tengah daun limau untuk elak rasa pahit.

BACA: Resipi Kuetiau Teng

2 thoughts on “Asam Pedas Melaka Simple & Sedap Nau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *