Diari Santai
Filem Dua Garis Biru Papar Dilemma Remaja Jadi Ibu Bapa

Filem Dua Garis Biru Papar Dilemma Remaja Jadi Ibu Bapa

Menonton Filem Dua Garis Biru secara tak sengaja bila Astro menayangkan naskhah dari Negara Seberang baru-baru ini.

Walaupun menonton filem itu di tengah-tengah namun jalan cerita yang dimainkan oleh pengarahnya begitu menyentuh hati.

Tergamam dan terkesan dengan mesej yang ingin disampaikan sutradaranya. Setelah selesai menonton, cari balik awalan cerita untuk tahu dan faham jalan cerita filem ini.

Filem ini wajib ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Dua pelakon utama Filem Dua Garis Biru, Bima dan Dara.
Foto: Instagram @duagarisbirufilm

Sebenarnya filem Dua Garis Biru ini telah dikeluarkan pada tahun 2019. Rupanya filem arahan Gina S Neor ini medapat respon luar biasa dan melebihi dua juta tontonan dan memenangi beberapa anugerah.

“Menjadi orang tua itu adalah pekerjaan seumur hidup,” adalah kata-kata seorang ibu terhadap anak gadisnya yang melekat di minda hingga sekarang.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan pasangan kekasih yang masih belajar di sekolah. Angga Yunanda telah mambawa wataknya dengan cemerlang sebagai Bima. Begitu juga pasangannya dalam filem ini, Dara, lakonan Zara Adhisthy.

Seperti biasa pasangan kekasih ini datang daripada dua kasta yang berbeza. Gadis ialah seorang pelajar yang pintar manakala teman lelakinya pelajar paling corot di dalam kelas.

Masing-masing berusia 17 tahun dan membesar dengan penuh kasih sayang bersama keluarga dalam kelas yang tersendiri. Namun, atas kesilapan mereka berdua, Dara hamil.

Konflik bermula, bagaimana mereka merancang untuk menggugurkan kandungan sehinggalah rahsia mereka pecah tanpa sengaja.

Garapan menarik filem ini tentang penerimaan ibu dan bapa masing-masing. Sudah pasti kedua-dua ibu bapa pasangan Bima dan Dara ini marah dan kecewa pada awalnya.

Namun, akhirnya terpaksa menerima kesilapan anak masing-masing dengan berat hati. Di sini kita dapat melihat penilaian ibu bapa yang berbeza mengikut status pendidikan dan harta terhadap anak masing-masing.

Bima mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku namun tidak tahu beban yang bakal dipikulnya sebagai seorang bapa. Akhirnya Bima dan Dara mengambil keputusan untuk berkahwin.

Ibu bapa Dara mahu memberikan ‘cucu’ mereka kepada pasangan yang mahukan anak tetapi Dara tidak setuju dan sudah mula menyayangi anak yang berada dalam rahimnya.

KELIRU

Dari perbulan scene ini terkeluarnya kata-kata ibu Dara, “Menjadi orang tua itu adalah pekerjaan seumur hidup,”.

Memang benar, sekali kita mengambil keputusan untuk menjadi ibu, tanggungjawab yang perlu dipikul bukan calang-calang. Dugaan dan ujian yang mendatang kadang-kadang tak pernah terjangkau dek fikiran pun boleh berlaku.

Namun, Dara juga keliru dengan keputusannya kerana sudah lama bercita-cita mahu melanjutkan pelajarannya ke Korea Selatan. Sebagai remaja perempuan lain, Dara merupakan peminat K-Pop tegar.

Watak doktor dalam filem ini juga merupakan satu daya tarikan. Beliau membawa watak dengan jayanya apabila tanpa prejudis merawat anak muda berusia 17 tahun yang mengandung ini.

Memiliki sikap keibuan, doktor menerangkan dengan jelas kepada pasangan remaja ini yang tidak tahu lansung akan proses kehamilan. Scene ini amat menyentuh hati saya.

Bukan menggalakkan situasi ini berlaku tetapi support system sangat penting dalam apa juga cabaran hidup yang kita tempuh.

Pengakhiran ceritanya agak tergantung. Namun, ia tetap menyajikan jalan penyelesaian buat pasangan suami isteri muda ini dalam menjaga dan membesarkan anak sulung mereka, Adam.

Foto: Instagram @duagarisbirufilm

Terus terbayang saat membuat tugasan di Rumah Perlindungan & Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah suatu ketika dahulu. Setiap penghuni mempunyai 1001 macam cerita seumpama menonton drama TV saat mendengarnya.

Semoga anak-anak remaja termasuk anak kita sendiri tidak kira lelaki atau perempuan terus terpelihara daripada perbuatan zina yang boleh sehingga boleh merosakkan akhlak dan jati diri remaja tersebut.

Drama Love Elsa lakonan Uyaina Arshad & Zul Ariffin

Iktibar Daripada Filem Dua Garis Biru

  1. Bahaya menggugurkan kandungan.
    Bima dan Dara pada mulanya merancang untuk mengggugurkan kandungan. Mereka mula mencari tempat yang memberi perkhidmatan menggugurkan tanpa lesen kerana tidak mempunyai wang. Setelah melihat tempat tersebut mencurigakan pasangan ini telah membatalkan niat tersebut.
  2. Komunikasi.
    Dalam sebuah keluarga komunikasi sangat penting. Apa juga masalah kalau berbincang dengan ibu bapa pasti akan ada jalan penyelesaian. Biarpun akan kena marah, tapi sebagai ibu dan bapa pasti mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak.
  3. Peluang Kedua.
    Setiap manusia wajar diberi peluang kedua. Ini dapat dilihat melalui garapan watak kedua ibu bapa Bima dan Dara. Biarpun mereka sangat kecewa dengan anak masing-masing tapi tetap berbincang bersama-sama. Malah turut menemani pasangan ini berjumpa dengan doktor untuk mengetahui perkembangan bayi atau lebih tepat lagi cucu mereka.

Pengalaman Masuk Penjara

4 thoughts on “Filem Dua Garis Biru Papar Dilemma Remaja Jadi Ibu Bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *