Diari Sihat
Vaksin Astrazeneca Malaysia, Dos Pertama Di WTCKL

Vaksin Astrazeneca Malaysia, Dos Pertama Di WTCKL

Rasa syukur apabila terpilih menerima vaksin Astrazeneca Malaysia. Langsung tak terlintas untuk memilih jenis vaksin yang bakal diterima.

Ini kerana memang tahu fungsi setiap vaksin adalah sama iaitu untuk merangsang tubuh untuk menghasilkan antibodi yang dapat melawan musuh dunia, COVID-19.

Sebenarnya, turut terbabit dalam ‘battle’ menempah slot vaksin Astrazeneca (AZ) Malaysia yang viral tempoh hari tapi, gagal. Tapi dah nak jadi rezeki, keesokan harinya dapat notifikasi dari MySejahtera – dapat janji temu.

Hati gembira setelah ‘kalah’ battle tapi dapat juga tarikh janji temu vaksinasi. Setelah diteliti betul-betul tempoh untuk terima vaksin adalah 2 bulan. Lamanya!

Agak lama juga, dalam hati juga takut sebab kes jangkitan COVID-19 di Selangor tak nampak pun pengurangan kadar kesnya.

Apa pun, tetap syukur dan sabar menanti hari janji temu untuk dos pertama.

Dos Pertama Vaksin Astrazeneca Malaysia

Hari yang dinantikan dah tiba. 20 Julai 2021 adalah tarikh keramat apabila bakal menerima dos pertama vaksin Astrazeneca Malaysia.

Lokasi yang diberikan oleh MySejahtera ialah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Lokasi PPV ini khusus memberikan vaksin AZ sahaja.

Kebetulan tarikh tersebut merupakan Hari Raya Haji 1442H. Sebab dah terlalu lama terperap dalam rumah rasa seronok sangat dapat keluar jauh sikit dari rumah.

Keluar pula berdua dengan suami, rasa lapang saja kepala tengok dunia luar. Tiba-tiba teruja sangat tengok suasana di Kuala Lumpur. lebih setahun tau tak jenguk Kuala Lumpur akibat PKP/PKPD di Selangor.

Suasana di WTCKL juga nampak meriah apabila ramai pegawai yang memakai baju Melayu, baju kurung dan jubah. Rasa suasana raya, walaupun hanya di PPV.

bergambar setelah selesai suntikan dos pertama.
Suasana di WTCKL tak ramai orang sebab dah malam.

Proses Penerimaan Vaksin

Scan MySejahtera

Sebaik tiba di WTCKL kita perlu mengikut laluan stesen yang telah ditentukan oleh MySejahtera. Macam saya, perlu mengikut laluan stesen 2.

Kemudian perlu scan QR Code tapi jangan jadi macam saya sebab tersalah klik di ruangan janji temu. Rupanya kena scan macam biasa tu!

Beratur Masuk Ke Dalam Dewan

Kemudian kita akan beratur untuk memasuki dewan. Di sini kita beratur dalam keadaan duduk dalam barisan.

Ramai petugas yang akan membantu. Mereka semua ramah dan tak perlu segan untuk bertanya jika ada kemusykilan.

Naik Ke Tingkat 4

Tak lama pun menunggu, barisan kita akan dipanggil satu demi satu untuk menjaga standard operasi prosedur (SOP). Kita diarahkan naik ke tingkat 4 mengikut laluan eskalator.

Tiba di tingkat 4, kita akan diberikan 2 helai Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 dan angka giliran. Di sini kita perlu mengisi borang tersebut sambil menunggu nombor giliran terpampang di skrin.

Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Astrazeneca Malaysia dan angka giliran diberikan.
Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 dan angka giliran

Kaunter Pendaftaran Vaksin Astrazeneca Malaysia

Bila angka giliran dah terpampang di skrin, kita akan dibawa ke ruang pendaftaran. Di sini pegawai yang bertugas sekali lagi akan minta scan MySejahtera dan memastikan tarikh janji temu yang betul.

Beberapa soalan akan ditanya seperti ada kontak rapat, gejala dan sebagainya.

Kaunter Konsultasi Vaksin Astrazeneca Malaysia

Setelah selesai mendaftar kita akan di bawa pula ke ruang lain untuk konsultasi. Di sini kita akan serahkan Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 untuk dicop atau disahkan oleh pegawai berkenaan.

Jika ada sebarang pertanyaan terhadap vaksin yang bakal diterima boleh diajukan di kaunter ini. Pegawai juga akan memberikan penerangan serba ringkas tentang program Vaksin Astrazeneca Malaysia.

Di kaunter ini juga kita bakal ditanya jika mempunyai sebarang penyakit atau alahan terhadap ubat. Jika ada sila berterus-terang untuk keselamatan diri kita juga.

Dewan di WTCKL.
Ruang dewan WTCKL yang diubah menjadi PPV

Kaunter Vaksinasi

Tiba saat yang dinanti, bakal menerima suntikan. Di dalam satu partition atau boleh juga dipanggil bilik, terdapat 2 pegawai yang sedang memberikan suntikan kepada 2 orang penerima vaksin.

Kita akan dipanggil untuk menunggu di pintu bilik dan bila mereka selesai kita akan dipanggil masuk. Nurse yang memberikan suntikan akan menunjukkan picagari yang mengandungi vaksin tersebut.

Sekejap saja proses suntikan dan sekali lagi nurse akan menunjukkan picagari yang kosong. Setelah selesai suntikan ini baharu kita scan seperti yang tertera di janji temu MySejahtera.

Tak bernasib baik bila tak ada orang yang boleh diminta tolong untuk mengambil gambar atau video ketika proses vaksinasi. Mungkin suntikan dos kedua nanti ada rezeki, maklumlah nak jadi kenangan saja.

Proses Pemerhatian

Setelah menerima suntikan kita akan di bawa ke sebuah ruang lain dipantau selama 15 minit.

Pemantauan ini untuk melihat reaksi tubuh. Jika ada yang tak kena kita akan dibawa kepada doktor yang telah disediakan.

Sambil menunggu pegawai akan memberikan kad janji temu dos kedua. Kad ini perlu dijaga rapi sebab kena bawa untuk hari janji temu dos kedua nanti.

Sehelai daripada Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 akan dikutip waktu ini.

Setelah 15 minit, secara automatik kita akan melihat tanda tick berwarna biru di MySejahtera menandakan 1st dose completed. Ada tanda biru ini baharu kita dibenarkan untuk keluar dewan.

Bergambar Di Booth

Bila dah selesai kita bebas untuk keluar atau mengambil peluang untuk bergambar di booth yang sangat popular ketika ini iaitu booth ‘Saya Sudah Menerima Vaksin’.

Namun, bila tak ada peneman dan tak berapa percaya dengan orang yang tak dikenali untuk mengambil gambar makanya tak ada kenangan bergambar di booth ini.

Mungkin dos kedua nanti boleh ambil peluang bergambar di sini!

Tarikh Dos Kedua

Keesokan harinya dah dapat notifikasi dari MySejahtera tarikh untuk janji temu dos kedua. Untuk AZ, jarak antara dos pertama dan dos kedua adalah 9 minggu.

Tip Vaksin Astrazeneca Malaysia

  • Kalau ambil vaksin di WTCKL perlu pakai pakaian yang sesuai. Bukan sahaja pakaian untuk mudah menerima vaksin tapi baju yang sesuai kerana dalam dewan ini sangat sejuk.
  • Dilarang sama sekali untuk bawa teman ke dalam dewan.
  • Bawa pen dan hand sanitizer
  • Tempoh keseluruhan proses mengambil masa lebih kurang dua jam. Rancang sendiri jadual vaksinasi masing-masing.

Periksa Suntikan Vaksin Yang Diterima

Jaga Kesihatan Dengan Buat Pemeriksaan Mamogram

1 thought on “Vaksin Astrazeneca Malaysia, Dos Pertama Di WTCKL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *